Pakej Program Sekolah Khas Buat Guru-guru yang Tercari-cari Tempat yang Sesuai Bagi Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah
Dalam pembelajaran di sekolah, sudah pasti para guru mahukan pelaksanaan aktiviti-aktiviti yang dapat mengembalikan semangat dan meningkatkan lagi kerjasama, nilai-nilai murni serta memberi pengajaran kepada para pelajar, di samping dapat memberikan keseronokan serta mengurangkan tekanan para pelajar setelah berasa penat dan lelah ketika menimba ilmu di sekolah. Dalam masa yang sama, dapat mengeratkan lagi hubungan antara guru dan pelajar.
Di NTC, terdapat pelbagai aktiviti menarik dan unik yang dapat dilakukan oleh para pelajar, guru, ahli keluarga, rakan sekerja, dan lain-lain, di mana mereka akan dapat menikmati keindahan alam semula jadi. Setelah melihat maklumat berkaitan NTC, pasti ketika ini, semua tertanya-tanya berapa jumlah wang yang diperlukan untuk menempah tempat di NTC. Tidak perlu risau, disini kami ada menyediakan beberapa pakej untuk semua yang berminat. Tetapi, kali ini kami akan memberi fokus kepada tawaran pakej sekolah di mana pada ketika ini, terdapat promosi yang akan diberikan kepada pakej sekolah ini.
PROMOSI PAKEJ SEKOLAH TERHAD
Promosi pakej sekolah yang kami tawarkan terbahagi kepada dua pakej yang berlainan.
Pakej pertama yang kami tawarkan ialah pakej 2 Hari 1 Malam, di mana para pelanggan akan ditawarkan harga serendah RM60 seorang. Dalam pakej ini, kami akan menyediakan makan sebanyak lima kali iaitu sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam, dan juga minum malam.
Jika pakej 2 Hari 1 Malam tidak mencukupi, kami juga ada menyediakan pakej kedua, iaitu pakej 3 Hari 2 Malam dengan harga RM120 seorang. Dalam pakej ini, bilangan peserta perlulah sekurang-kurangnya 40 orang. Makanan yang disajikan bagi pakej ini adalah sebanyak 9 kali, iaitu lengkap semuanya dari segi sarapan, makan tengahari, minum petang, makan malam dan minum malam.
Kedua-dua pakej ini dibekalkan dengan kemudahan fasiliti bilik. Para pelajar akan menetap di 4 unit bilik yang mampu menampung sebanyak 10 orang setiap bilik. Manakala, guru pengiring akan disediakan 2 unit bilik yang dapat menampung seramai empat orang di setiap bilik. Para pelanggan tidak perlu khawatir sekiranya berlaku sebarang kejadian yang tidak diingini, kerana pakej ini juga telah disertakan sekali bersama perlindungan insurans.
Ini adalah senarai ringkas pakej sekolah yang kami berikan:
Pakej 2 Hari 1 Malam (RM60 seorang)
5 kali makan
Bilik 10 orang (4 unit) (Pelajar)
Bilik 4 orang (2 unit) (Guru pengiring)
Perlindungan insurans
Pakej 3 Hari 2 Malam (RM120 seorang) (Minimum 40 Orang)
9 kali makan
Bilik 10 orang (4 unit) (Pelajar)
Bilik 4 orang (2 unit) (Guru pengiring)
Perlindungan insurans
PENGINAPAN YANG SELESA
Seperti yang kita tahu, tempat penginapan yang selesa amatlah penting untuk kita kerana rehat yang mencukupi dapat membekalkan lebih tenaga untuk kita melakukan pelbagai aktiviti. Oleh itu, kami telah melengkapkan bilik-bilik di penginapan dengan beberapa kemudahan seperti penghawa dingin, loker, sabun, syampu, selimut dan juga peti ais. Di bilik para pelajar, mereka akan diberikan katil bujang atau pun katil dua tingkat, serta empat tandas dalam setiap bilik. Manakala para guru pengiring akan diberikan katil bujang dan tandas dalam setiap bilik. Walau bagaimanapun, tuala mandi hanya disediakan untuk guru pengiring sahaja.
Penginapan Pelajar
Bilik 10 orang (4 unit)
Katil bujang atau katil 2 tingkat
Bilik berhawa dingin
4 tandas dalam setiap bilik
Kemudahan: loker, sabun, syampu, selimut, dan peti ais
Tuala tidak disediakan
Penginapan Guru Pengiring
Bilik 4 orang (1 atau 2 unit)
Katil bujang untuk keselesaan
Bilik berhawa dingin
1 tandas dalam setiap bilik
Kemudahan: loker, sabun, syampu, selimut, dan peti ais
Tuala disediakan
PAKEJ TAMBAHAN UNTUK MEMAKSIMUMKAN PENGALAMAN DAN ILMU PESERTA!
Jika anda ingin merasakan pengalaman sebenar yang lebih teratur dan lancar sepanjang tempoh keberadaan di NTC, kami juga ada menyediakan pakej tambahan iaitu Modul Jurulatih bagi peserta menjalankan pelbagai aktiviti menarik bersama jurulatih yang lebih expert. Modul jurulatih ini juga terbahagi kepada dua pakej di mana, bagi pakej 2 Hari 1 Malam, anda akan dikenakan bayaran sebanyak RM3,500 dan RM5,000 bagi pakej 3 Hari 2 Malam. Dengan modul ini, anda akan diiringi bersama seorang jurulatih dan dua orang fasilitator.
Dalam tempoh aktiviti berjalan, kami akan menyediakan peralatan asas program yang diperlukan seperti kayak, dayung, dan lain-lain. Yang lebih menariknya, setiap peserta akan diberikan sijil penyertaan sekiranya mengikuti modul ini. Anda juga tidak perlu risau sekiranya ingin menggunakan PA sistem atau papan putih kerana peralatan-peralatan tersebut telah lengkap disediakan di dewan NTC. Di samping itu, ruangan yang berhawa dingin dapat memberikan keselesaan kepada peserta untuk melakukan sebarang aktiviti dalaman.
Pengalaman akan merasa tidak lengkap jika tiada sebarang aktiviti yang menarik untuk dilakukan. Disini, kami juga turut ada menawarkan beberapa aktiviti luar yang pasti dapat mengeluarkan tenaga, memberikan daya fikiran kreatif, dan memupuk semangat kerjasama antara peserta yang menyertai. Antara aktiviti yang boleh dirancang serta bayarannya adalah seperti di bawah:
AKTIVITI MENYERONOKKAN TANPA BAYARAN TAMBAHAN
Di atas, kami ada senaraikan aktiviti-aktiviti DIY yang akan diuruskan oleh pihak penganjur. Biasanya ia berharga RM5 untuk setiap orang tetapi semasa tempoh promosi ini, kami tidak mengenakan sebarang caj bayaran untuk aktiviti ini supaya anda merasa lebih bebas untuk berseronok!
Dengan pakej yang kami tawarkan ini, kami pasti akan memberikan pengalaman pembelajaran dan rekreasi yang tidak hanya mendidik tetapi juga menjadi memori seronok yang tidak dapat dilupakan. Hubungi kami sekarang untuk membuat tempahan atau untuk pertanyaan lanjut. Mari cipta kenangan abadi bersama kami di alam semulajadi yang menakjubkan ini! Jangan lupa.. Jumpa anda disana!!
Comments
Post a Comment